RSS

Tuesday 18 September 2012

Kes Remaja Bawah Umur


Assalammualaikum w.b.t.

Kegiatan merompak oleh sekumpulan remaja bawah umur semakin menjadi-jadi.Dari satu kafe internet-ke satu kafe internet mereka menjalankan kegiatan samun mereka dan diberitakan sehingga sekarang, masih belum ada tangkapan yang dibuat.



Cikgu hairan juga tangkapan masih belum lagi dapat dibuat oleh kerana wajah-wajah mereka terpampang di beberapa CCTV di lokasi kafe internet yang mereka samun.Kalau ikutkan cikgu, memang geram sangat dengan budak-budak yang samun ni.Tapi, negara kita ada undang-undang dan ada penguasa. Cikgu harap remaja-remaja ini ditangkap secepat mungkin dan diberikan “pengajaran” yang secukupnya.Apa pendapat kamu mengenai kes begini ?




Monday 17 September 2012

J0m Belajar Kemahiran Hidup :)

 Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) adalah satu mata pelajaran dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang diajarpada Tahap II. Mata pelajaran ini digubal untuk menanam kesedaran celik teknologi melalui penguasaan kemahiran praktis dan pengetahuan serta pemupukan sikap yang positif berasaskan teknologi dan keusahawanan.
 
 
MATLAMAT KHSR
Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah adalah untuk membolehkan murid memperolehi kemahiran asas dan pengetahuan berasaskan teknologi dan keusahawanan supaya mereka dapat menjalankan kerja-buat-sendiri, mereka cipta dancenderung berusahaniaga serta mengamalkan sikap dan budaya kerja yang baik.


OBJEKTIF KHSR
Objektif mata pelajaran ini adalah untuk membolehkan murid :
1.Mengetahui dan mengamalkan langkah keselamatan semasa membuat kerja
2.Memilih alatan dan bahan serta menggunakannya dengan teknik yang betul
3.Melakar bentuk asas secara 2D dan 3D
4.Memahami fungsi dan bentuk luaran produk
5.Memasang model set binaan dan mengkaji komponen
6.Mereka bentuk dan menghasilkan produk yang mudah daripada pelbagai bahan kitar semula
7.Mengenal pasti komponen elektrik dan elektronik
8.Menyenggara dan membaiki kerosakan kecil pada alatan, mesin mudah, perabot dan bahagian bangunan
9.Membaiki pakaian dan menghasilkan artikel jahitan
10.Menghasil dan menjaga tumbuhan hiasan, memelihara ikan hiasan dan menanam sayuran
11.Merancang dan mengurus jualan secara teratur serta mengamalkan etika perniagaan
12.Mengurus kerja, wang dan perbelanjaan dengan berkesan
13.Mengamalkan sikap pengguna yang bijak dan bertanggungjawab
14.Meminati bidang perniagaan
15.Mengembangkan daya usaha, kreatif dan inovatif
16.Mengamalkan sikap dan budaya kerja yang baik.
 
 


Hari Malaysia :)

 
Di kesempatan ini cikgu ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Malaysia kepada semua murid dan seluruh rakyat Malaysia. ' TRANSFORMASI BERJAYA RAKYAT SEJAHTERA '

Disiplin Generasi Y


Assalammualaikum..Keratan akhbar ini merupakan petikan daripada akhbar Berita Harian bertarikh 14 September 2012.Sebagai seorang murid, cuba kamu fikirkan wajarkah kejadian sebegini berlaku? Bayangkan bagaimana perasaan guru ini yang menjadi mangsa dalam kejadian tersebut. Justeru, cikgu ingin mengingatkan kepada anak-anak murid cikgu setiap tindakan yang guru kamu lakukan ada sebabnya. Semuanya adalah demi kebaikan dan masa depan kamu sendiri :) Moga murid-murid yang terlibat dalam kes ini akan menyedari perbuatan yang mereka lakukan dan berubah menjadi murid yang baik.

Thursday 13 September 2012

Cerita Teladan

Salam semua. Cikgu nak kongsikan satu cerita yang boleh kita semua jadikan pengajaran buat diri kita dan juga orang lain. Marilah kita saling mengingati sesama sendiri supaya 'Tidak bersikap tamak dan bersyukur dengan nikmat yang diberikan olehNya'. Selamat menonton ya :)

 


Wednesday 12 September 2012

Motivasi Hari ini :)

Salam murid-murid :)
Cikgu nak kongsikan satu kata hikmah yang boleh kamu jadikan sebagai motivasi pada diri kamu setiap hari.


' Bersedia untuk belajar, diajar dan mengajar justeru hargailah ilmu '