RSS

Monday, 17 September 2012

 Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) adalah satu mata pelajaran dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang diajarpada Tahap II. Mata pelajaran ini digubal untuk menanam kesedaran celik teknologi melalui penguasaan kemahiran praktis dan pengetahuan serta pemupukan sikap yang positif berasaskan teknologi dan keusahawanan.
 
 
MATLAMAT KHSR
Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah adalah untuk membolehkan murid memperolehi kemahiran asas dan pengetahuan berasaskan teknologi dan keusahawanan supaya mereka dapat menjalankan kerja-buat-sendiri, mereka cipta dancenderung berusahaniaga serta mengamalkan sikap dan budaya kerja yang baik.


OBJEKTIF KHSR
Objektif mata pelajaran ini adalah untuk membolehkan murid :
1.Mengetahui dan mengamalkan langkah keselamatan semasa membuat kerja
2.Memilih alatan dan bahan serta menggunakannya dengan teknik yang betul
3.Melakar bentuk asas secara 2D dan 3D
4.Memahami fungsi dan bentuk luaran produk
5.Memasang model set binaan dan mengkaji komponen
6.Mereka bentuk dan menghasilkan produk yang mudah daripada pelbagai bahan kitar semula
7.Mengenal pasti komponen elektrik dan elektronik
8.Menyenggara dan membaiki kerosakan kecil pada alatan, mesin mudah, perabot dan bahagian bangunan
9.Membaiki pakaian dan menghasilkan artikel jahitan
10.Menghasil dan menjaga tumbuhan hiasan, memelihara ikan hiasan dan menanam sayuran
11.Merancang dan mengurus jualan secara teratur serta mengamalkan etika perniagaan
12.Mengurus kerja, wang dan perbelanjaan dengan berkesan
13.Mengamalkan sikap pengguna yang bijak dan bertanggungjawab
14.Meminati bidang perniagaan
15.Mengembangkan daya usaha, kreatif dan inovatif
16.Mengamalkan sikap dan budaya kerja yang baik.
 
 


0 comments:

Post a Comment